Adakah Kamu?

Adakah Kamu?

Tuesday, November 1, 2011

Hari Kejayaan ku.. 23102011

Kejayaan ku termenterai pada 23 Oktober 2011 lalu...

Kejayaan ini kuga turut di rasai oleh sekalian rakan seperjuangan ku iaitu dari IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PEMBINAAN (Kepujian)...

Ia berlangsung pada hari Ahad lalu di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC), 
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam..

Ia berlangsung gilang gemilang... heheehhehee.. 
awat la ayat skema sangat amat berpuitis... 
tapi hakikat kegembiraan terpajar pada semua wajah setiap graduan.. pewwiit... 
Huhuhu... yang hepi some one coming to celebrate my happy day.. thanx awak... 

Start seawal pagi.. aku pun gerak dr umah seawal pagi...selepas subuh dlm pukul 6.15pg...sampai2 bru kol 7pg.. tp MasyaAllah kt sana menunggu bukan main lame... start istiadat pukul 9.00 pg... dh r nama aku yg ke 647 lame tu pkul 10 nama ku baru di panggil... tunggu punyer tunggu pkul 11.45 pg baru boleh keluar.. yang kt luar menunggu lame tu dengan lapar dengan panas dengan pelbagai ragam... lg Mr.Doc. cian die.. dh r xlame n xamik gambr byk ngn die.. huhuhu... tp apa pe pun kehadiran die cukup membahagiakan ku.. hehe..

Saturday, May 21, 2011

SEMPURNAKAH KITA?? UNTUK MENCARI JODOH YG SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.     
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.   
Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....     Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....    
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....     Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.     
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....     
By: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW


Jadi.... 
terimalah orang yg sayang kita bukannya orang yg kita sayang kerna orang yang kita sayang belom tentu akan balas sayang kita... dan terima die seadanya... kerna die mungkin telah tertulis untuk kita..

Sunday, May 15, 2011

BEGINIKAH??

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

SETIAP YG NEGATIF ADA POSITIFNYA

Dalam negatif, ada positif Setiap sesuatu yang negatif mesti dilihat dari sudut yang positif. Atas sesuatu yang negatif berlaku pada kita, walaupun nampak negatif, tetapi di situ ada pengajaran, ada didikan dan ada hikmah daripada Tuhan. Di sebalik yang tersurat berbentuk negatif, ada tersirat yang berbentuk positif. Hal sedemikian, jika tidak dicungkil, jika tidak digali, akan tinggal sebagai negatif. Padahal jika negatif dilihat sebagai negatif sahaja, ia akan terus tinggal sebagai negatif. Bahkan ia sedikit atau banyak, boleh mempengaruhi kehidupan kita. Dengan mencari hikmah serta pengajaran disebaliknya, nescaya ia akan dilihat sebagai positif. Walau negatif, tetapi tetap positif. Itulah yang sepatutnya menjadi panduan kita dalam berdepan dengan perkara-perkara negatif. Contohnya seperti ini: Kalau kita sakit, asal nampak negatif. Tapi tahukah kita bahawa dengan sakit, kita akan dapat pahala percuma dari Allah? Allah buat begitu sebab nak beri pahala kepada kita. Memanglah teruk kita menanggung kesakitan, tapi dengannya itu kita dijanjikan pahala oleh Tuhan tanpa perlu kita bersusah payah buat ibadah. Selain itu, dengan sakit, ia dapat memberi kerehatan kepada badan kita untuk satu tempoh yang sementara. Seolah-olah satu paksaan dari Tuhan untuk membolehkan tubuh badan kita direhatkan daripada kepenatan dan keletihan bekerja. Dengan sakit juga, setidak-tidaknya boleh memberi keinsafan kepada kita. Selama ini kita sentiasa sihat, sekarang diberikan sakit supaya kita beringat agar gunakan waktu sihat di jalan Allah. Supaya kita tidak lalai dan leka daripada mengingati Allah. Mulanya negatif, tetapi bila dikaji-kaji, dicari hikmah dan pengajaran, sakit itu sebenarnya positif. Contoh lain: Kita dihina dan dikata orang. Memanglah sakit hati kita mendengarnya. Pada lahirnya memang negatif. Tapi, jika kita positifkan, kita tidak balas hinaan tersebut sebaliknya kita katakan pada diri kita, “memang aku ini hamba Tuhan, layak dihina dan layak dikata.” Dengan melihatnya sebagai positif, kita sudah dapat mengelakkan daripada krisis antara kita dengan orang yang mengata itu berlarutan. Sekurang-kurangnya dengan lapang dada kita, kita sudah dapat mencetuskan perpaduan. Bahkan dengan menilai kata-kata hinaan tersebut, mungkin ada kebenarannya dan ini dapat membaiki kelemahan kita. Juga, hasil sabar kita, Allah akan meningkat darjat kita. Inilah yang difirmankan Tuhan, dalam Al-Quran, maksudnya: “Sifat baik itu tidak akan diberikan melainkan kepada orang-orang yang sabar.” Seperkara lagi yang cukup besar, bila ada orang hina dan orang kata kepada kita, akan jatuhlah ego kita, dan mencairkan kesombongan kita. Cuba bayangkan, kalau tidak ada orang mengata dan menghina kita, kita akan rasa diri hebat dan rasa diri sempurna. Itulah ego namanya. Dua contoh yang diberikan di atas sudah cukup mendorong kita untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Mulakanlah kehidupan kita setiap hari ini dengan keazaman untuk melihat sesuatu itu dengan positif. Daripada situlah nanti kita akan sentiasa positif dengan apa jua keadaan yang berlaku. Hasilnya, kita akan menjadi orang yang sentiasa tenang dengan kehidupan dunia. 
RUJUKAN DARI kataganti.wordpress.com

Thursday, May 12, 2011

Bagaimana mencuci hati?


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, ku tahu hambamu ni amat berdosa padaMU, dan berilah diriku kekuatan dalam menjalani hidup yang penuh dengan ujian, bala dan dugaan yang pelbagai..." Aminnn.. (^.^)

Tuesday, May 10, 2011

Kta satu - Spider


Menjiwangkan diri... lagipun dengan kartun yang comey..
lagu pun jadi comey... huhuhuuuuu,,,
Thessisss oooooo..... thessssiissss dpt dilupakan seketika... hahahaha... nakal betol kn???? "Malam siang kita jadi satu kerana engkau adalah milikku..."

Sunday, May 8, 2011

IMBASAN DEGREE.... 2009-2011

Sepi..sunyiiiiiiiii sesunyi malam walaupun di siang hari pejam, celik, bangun, berjalan, berlari, terjatuh, gelak ketawa, sedih, menangis, sorang2  semua ade kn?? Biasalah asam garam dalam bermasyarakat, mungkin satu hari nanti ini yang akan ku rindui..
Terasa panas sgt petang ni (sbnryer xberpaut pun dgn cter, hehehe). Yang ni baru betol. Terasa sekejap sebenarnyer ku rasekan..
Sedetik ku terkenang masa 1st mula2 nk daftar masuk u as a degree student, xde galakan langsung dr my family, sedih sgt semua bergantung pd duit ptptn yg ku jimatkan time diploma tu, n mintk duit zakat n mintak kt bahagian UMNO cawangan Tg Karang, dpt r tmbh2 before ptptn degree masuk....

Imbasan Kenangan Julai 2009 – November 2009

semua kne tgk cm k.zai wt k???
cm nk msk kek pun ade... hahhaa.. xde r.... main tanah jer,,, 
Akmal tumbuk bg lumat ea??? lina tgk betol2 jgn samapai terkna mata.. sbnryer kami tgh tumbuk tanah... uji komposisi tanah... menarik kn bunyi yer.. cm dulu kecik2 main tanah pun ade.. hahaha 
time berbuka pose ramai2.. 

rakan ku seorang artis,,, wow.. bunyi yeramat menarik bukan..
korang ni asyik berposing je ea?? penuh semua photo kalian.. tp xmngapa..
Last ending mlm berbuka pose...
ni time present BEL.. berdebar2 betol time ni..
group yang mantap, coz otak giler...
time ni aku ponteng.. coz group aku dh present..
nilah barisan jejaka sebahagian budak kelas..
Bowling PAS, salah satu aktiviti Kolej Anggerik..
Barisan teraju utama Bowling.. haha.. perasan sudah..
knp muka aku cm nk tido.. kurasakan time ni bagai diawangan coz mlm OSCAR NIte!! 
senget jer kepala tu... hahaha..
-TAMAT-


Imbasan Kenangan Jan 2010 – Mei 2010

semester ni mmg byk dengan aktiviti kolej aggerik.. coz aku pun xtau knp diorg pilih aku jd ajk... huhu... 

EVEnT 1: SaVe OuR EaRtH
setelah letih bertungkus lumus.... PeACe.. 
Sopan yer.. aku coz duk pinjam bju orang time ni.. hahaha
Ishhhh!!! Korang pantang camera di depan korang.. hahaha..
 EVEnT 11: DeFeND YoUrSeLF
Kenal x?? Siapa 2?? Kamal Affenddy.. 
Ni lah barisan yang menjayakan event ni.. huhuhuu...
 EVEnT 111: bersama mereka main bowling...


  EVEnT 1V: Berjalan di ICITY...bersama ain n nuyu

comey x muka ku ini?? hahaha.. perasan jer... xbaik tol aku ni.. hahahaa

time mat bangla amik.. xcomey kn?? gegar...huhuu 
EVEnT V: Asgmnt Pm. Zaiton... kne g Bukit Tagar.. 
Kami memijak ape?? teka... inilah himpunan sampah yg di padatkan...
Landfill.. 
tgklah before g pun dh berposing sakan.. hahaha 
aku hanya mampu julur kuarkn kepala jer? xpatot tol..

EVEnT V1: Asgmnt Steel and IBS jua lighting 
Thanx encik Tengku Azhar.. jasamu tetap ku kenang...
Ganas r gak upeyer aku ni... hehehe
Khusyuk benar... faham x?? hahaha

EVEnT V11: diNNeR MasQuerade 2010
Byk x?? ajk ni.. hehehe.. 
sesimple wanita.. itulah diriku... xyah nk ngetop2 sgt.. hehehe

EVEnT V111: InterPArt Building.. 
Pandai kn aku main futsal.. haha.. perasan jer...

 

EVEnT 1X: Time Shooting Arabic Movie..
wowwww.. adakah aku seorang pelakon?? pelakon tambahan?? fuhhhh.. jauh sekali... ni pun berlakon sbb subjek ni kne wt cm tu.. hehehe 




EVEnT X: Saje buang masa dengan.........

NI time bezday nadz... bezday aku xde pun.. huhuuu.. saje wt sedih..
-End-


Imbasan Kenangan Julai 2010 – November 2010

Peristiwa 1... suka suki...
Berjalan seirigan tp disedari tlh di ambil gambr dr belakang.. huhuhuu

Kenapa monyok ni??? mkn r.... jgn malu2... ni time berlakon scene raya..
Menyempat before lecture masuk.. hahaha.. berangan jer..


Peristiwa 2: Program anak angkat Sg Serdang



Mamat ni puyer kerja abis hangus bawang tu.. ape xyer die dok berpooosing jer,.,,,
senget.. huh! sabar je r..

Pengagihan bubur lambok kepada orang kg.... lawak org kg ingt kami ni orang celcom ..
bdk2 lak ingt de sekatan jalan raya gelabah u-turn balik...
Malam wt dodol... mencabar.. kt umah abah wt tgk jer... hahaha.. kt sni saje jd rajin lak..


Peristiwa 3: ProRam SuPER dOOpER
Tarik iz... bg tinggi lagi tau.. hehehehe
Bab berpoosing serah kt kamiiiii.... ON jerrrrrrrrr...

Sedapyer mkn askem.. yummmyy... cik zu belanjer...

-The End-


Imbasan Kenangan Jan 2011 – Mei 2011

Semester ni, semester last buat ku.... banyak aktiviti bersama2 rakan2 berbanding aktiviti di kolej... ase cm setiap bulan mesti berjalan2... berjalan sambil belajar.. hehehe.. leh cayer ker??? percaye jer r.. hahaha

Aktiviti 1: DeWan Agong!!
Pentas yang bakal aku daki... ceh.. daki pakai tangga jer..
Besar kn?? sbb tu diberi name DEwan Agong... menggantikan Dewan Seri Budiman..

Aktiviti 2: TriP Kuala Kangsar...
Dah lame xmain.. hahaha.. cm budak2 kn?? gelak sakan time ni.. cm kelakar kn??


Barisan ahli group Global Junior Dev. Sdn Bhd..
Aktiviti 3: Dari UiTM Shah Alam > Melaka > Johor > Singapore
Pengalaman selama 3hari 2 mlm... 
mcm berlaku... mmg kenangan itu akan terpatri 
dilubuk hati ini... wowww..bahasa berpuitis bukan?? 
cm ahli sastera lak aku ni.. hahaha.. tp betol.. bez tau.. 
ase nk g lagi singapore.. bagus orang2 singapore... (^_^)
Gambar di bawah ni sebahagian jer.. nk letak semua xmuat lak.. hehehe..
Malam kt Clarke Quey.. mkn mlm jer n diorg de yg jalan... hehe..
 time ni aku ase sgt2 letih tau...xlarat sgt..



Ibu mengandung pun leh terkangkang aku ni.. knp la sopan benar... maluuuuuu...
Fuh.. wt 1st time naik bot kt melaka.. lalu sepanjang sg.melaka n tgk pembangunan yang di buat... 

Singapore!! i'll back!!! hehehe..


Aktiviti 3: Macam2 tol!!!
time ni g umah adib... de cukur jambu.. comey baby tuuu.. cute sgt...

Kami diawangan time ni... hahaha... magic x??? duduk kt dawai jer...
Aktiviti 4: Malam Dinner (GlamorousNIte 26042011)
me and erna!!
Lain ea...muka aku.. time de jerawat.. adoi.. mslh tol time ni mau g...
Aktiviti 5: PreSenTatIOn P.E.D



Aktiviti 6: Exhibition Day 22042011






Hasil Model kami... Flexible Pavement...
aikkkk!!! knp erna lg?? hahaha.. saje2 jer amik gmbr ngn die... hehehe

Mior je baju lain.. mior cepat bertukar!!! hehhee... main2 jer....
Habis ke???


anda rase?? dh habis ker??? dlm mase 2 tahun ni... mmg kne kuat n tabah.. ape tak semua kte kne pandai susun strategi untuk diri kita.... kita kne kuat.. lecturer lak mcm telatah kite jumpa.. klu yang baik tu mmg baik giler,,, tp jumpa yang garang... adoiiiiiii... mmg mkan hati cikit... tp semua itu kite kne telan... pahit cmne pun.. senyum.. jgn nangis depan sape2.. maluuuu.. kita nangis kt bilik sorang2 jer.. xde orang tau.. walaupun diluar cm orang tgk kite ok2 jer.. tp di hati hanya Allah saja yang tau.. huhuuuuu... Tabahkan Hati... tp aku kdg2 xkuat gak.. kadang terkantoi gak ngn Best Friend boy ku... huhuuuu.. dgn mak jgn sesekali mengadu bende yg cmni.. kang mak risau.. cian mak... biar mak tau kite happy n xde mslh kt cni... syg mak!!! hurrrmmmmm... ku harap pengakhiran degree ini xkn berakhir di sini.. kerna kita kne menuntut ilmu hingga ke akhir hayat ke nafas terakhir.. bukan dlm bidang ni saja tp bermcm2 bidang.. jdkn diri kita more flexiblity and complex.. wowwww... itulah matlamat hidupku... bukan untuk masa ini saja.. tp adlah untuk hari mendatang more on myfuture life with mylovely hubby... alamak dh cter lain lak... ok... sampai disini saja...


~Habis Sudahhhhhhh!!!!~